Malaysia kini telah dibangunkan dengan bermacam-macam jenis teknlogi. Salah satu yang jelas dapat kita lihat adalah teknologi dalam sukan. Terdapat pelbagai teknologi dalam sukan yang telah dicipta bagi memudahkan para atlit. Teknologi ini juga telah melahirkan banyak bakat-bakat baharu dan jaguh dunia dalam bidang sukan seperti badminton, berbasikal dan bola sepak. Di sini saya kongsikan beberapa teknologi dalam sukan yang saya menarik perhatian saya.
1. KERUSI RODA SUKAN PARALIMPIK
Kesemua kerusi roda dan basikal khas ini dibina secara 'custom made' untuk setiap atlit bagi memastikan keselesaan maksimum. Ianya juga menggunakan teknologi termutakhir dan setanding dengan teknologi yang digunakan atlit normal. Alat ini direka bentuk mengikut spesifikasi individu. Ianya mengambil kira saiz, bentuk dan kecacatan yang dialami oleh individu. Sebagai contoh, pemain yang mengalami kecederaan saraf tunjang memerlukan sokongan tambahan di bahagian belakang untuk duduk dengan kukuh.
2. MOUTHGUARD
3. INSTANT REPLAY
Teknologi ini boleh memainkan rakaman video acara tertentu atau kejadian dalam masa yang singkat, sekali gus membantu hakim membuat keputusan penting. Ia digunakan dalam penyiaran televisyen secara langsung acara sukan untuk menunjukkan sebahagian daripada permainan yang penting atau ketara, atau bermain yang agak jelas pada pandangan pertama. Beberapa organisasi sukan memberi keizinan kepada pengadil untuk berunding rakaman ulangan sebelum membuat keputusan mengenai mainan diragui. Perundingan itu mempunyai beberapa nama seperti Video Pengadil, Pengadil Video dan Rasmi Ulangan Video.
4. ALAT PENCARI BAKAT SUKAN
Aplikasi yang dipilih akan menentu ukur tahap stamina dan kecekapan seseorang melalui respons yang diterima daripada kesan lompatan ke enam arah berbeza di atas panel heksagon. Antara keistimewaan alat ini adalah ianya dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu mahupun atlet sukan. Selain itu, ciptaannya juga adalah berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan sama ada seseorang itu boleh bermain badminton, skuasy, tenis, judo, renang dan sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperoleh daripada mesin tersebut. Ia juga bertindak sebagai alat latihan sampingan sekiranya seseorang atlet itu mengalami kecederaan dan tidak dapat menjalani latihan seperti biasa.
5. MOUNTAIN BIKE SKIVER ORTOVOK
Ini adalah produk untuk peminat aktiviti lasak. Basikal ini dicipta untuk memudahkan pengendaliannya. Dalam erti kata lain, basikal ini juga berfungsi sebagai pengangkutan di laluan berbukit berdasarkan ciri keselamatan yang dimilikinya seperti beg tangan depan dan belakang. Selain itu, basikal ini juga boleh menjadi beg galas dan berfungsi sebagaimana basikal berfungsi terutamanya ketika menaiki bukit atau menuruninya.
6. SUT SCUBA
Design pembuatan alat ini berdasarkan klasifikasi yang mudah digunakan. Pembuatannya juga memberi peluang kepada orang cacat untuk mencuba meneroka alam bawah laut, iaitu kerusi roda atau 'wheel chair'.
7. KASUT BOLA CIP
Kasut bola sepak ini mampu mengesan keletihan dan ketidakselesaan yang terjadi pada otot-otot kaki. Ini kerana terdapat chip kecil yang dilekatkan di dalan kasut bola sepak berkenana. Teknologi chip kecil ini mampu mengesan frekuansi dan gerakkan otot kaki pemain. Teknologi ini juga akan memberi signal ataupun tindak balas sekiranya terdapat perbezaan frekuansi dan pergerakkan dari otot yang normal. Kelebihan yang terdapat pada teknologi ini ai dapat mengurangkan kecederaan yang dialamai oleh seseorang atlit bola sepak.
8. ELECTRONIC TABLE TENNIS MACHINE
Fungsi utama ini adalah untuk melatih dan membantu atlet menjalani latihan kemahiran memukul bola seterusnya dapat membantu jurulatih mengenalpasti prestasi atlet dengan memerhatikan persembahan atlet semasa latihan dijalankan serta dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh atlet seterusnya memperbaiki kesilapan tersebut. Alatan ini banyak digunakan untuk sesi latihan atlet sehingga ke peringkat sukan antarabangsa kerana fungsinya yang sangat berkesan dalam membantu atlet mengawal bola dan menjaga konsistensi pukulan bola.
9. ALAT MENGESAN TUMBUKAN
Pembangunan sistem elektronik bagi kegunaan terutamanya dalam sukan tinju ini, walaupun ia adalah sesuai untuk seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo. Teknologi ini adalah berasaskan kepada platform penderia kita dan mengintegrasikan rangkaian sensor di kepala atlet, badan dan tangan. Menggunakan rangkaian Bluetooth hubung fizikal dipantau dalam acara hampir tepat masa atau pos pada komputer jauh untuk menentukan hits undang-undang dan langkah-langkah seterusnya derivatif seperti pemarkahan dan hasil akhir. Sistem ini boleh digunakan untuk mengurangkan keperluan untuk pertandingan kenalan penuh serta menyediakan kaedah yang lebih dipercayai menentukan keputusan satu perlawanan. Manfaat lain yang dipersembahkan di sini termasuk keupayaan untuk menganalisis prestasi atlet selepas perlawanan atau sesi latihan, seperti menilai keberkesanan latihan latihan dan kesan keletihan.
10. SPIDERCAM
Teknologi ini dipanggil spidercam. Teknologi ini adalah satu sistem yang memudahkan penganjur perlawanan merakam perlawanan secara menyeluruh. Mereka akan merakam perlawanan dengan menggerakkan spidercam ini secara menyeluruh dengan mangambil rakaman dari sudut yang telah ditetapkan. Biasanya teknologi ini digunakan dalam acara olahraga, bola sepak dan tenis.
Pengahasilan spidercam ini boleh menghasilkan sudut pandanan dalam tiga dimensi tau 3D dalam pertandingan susuatu sukan. Ia juga merupakan kamera yang mampu bergerak tanpa dbatasi mengikut sudut yang ingin dikehendaki oleh perakam yang menggunakan teknologi ini. Kamera ini juga mudah didapati digunakan oleh sesiapa yang pandai mengendalikan teknologi ini. Penggunaan teknologi ini membuatkan rakaman yang dirakam dapat ditonton oleh penonton dan menjadikan ia lebih dekat untuk melihat pergerakkan pemain serta sudut perlawanan yang ditonton dengan teknologi ini. Teknologi spidercam ini telah dilatih secara khusus olehpengendali kamera ini untuk bertanggungjawab ata semua masalah yang terjadi kepada kamera atau pengambilan gambar atau rakaman dari sudut yang baik.
nice ^_^
ReplyDelete